Target TMJ Buat Dollah Salleh & Zainal Abidin Hassan Di FAM, nombor satu Asia Tenggara.

Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Kita harus ukur baju di badan sendiri. Barangkali itulah yang ingin dipesan oleh Tengku Mahkota Johor kepada pimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) termasuk Naib Presidennya, Datuk Dollah Salleh dan exco Datuk Zainal Abidin Hassan.

Menurut Datuk Dollah, dalam kunjung hormat itu, TMJ menyarankan agar FAM menumpukan pada satu sasaran dulu, itu menjadi jaguh bolasepak Asia Tenggara.

“Saya rasa idea itu bernas. Tidak drastik dan untuk maju kita perlu buat step by step,” kata Dollah.

Zainal pula berpendapat pandangan dan nasihat TMJ itu memang satu idea yang baik.

Channel10 mengundang dua tokoh bolesepak ini untuk membicarakan hala tuju FAM berikutan pemilihan badan induk bolasepak negara itu. Melayani Dollah dan Zainal ialah moderator Abu Bakar Atan.

“Tak perlu tengok Eropah kerana kita ada pasukan JDT yang bukan saja terkenal di Asia malah di seluruh dunia. Model JDT itu boleh digunakan untuk tingkatkan prestasi pasukan kebangsaan.

“Yang penting kita mesti bersatu dengn satu tujuan. Dulu kita memang terkehadapan berbanding pasukan Asia Tenggara. Namun kita ketinggalan sekarang dan ini kita kena perbaiki bersama,” kata Zainal.

Mengenai kebimbangan akan ramainya pemain warisan dan naturalisasi dalam pasukan Harimau Malaya, Dollah berpendapat, itu bukan masalah kerana FAM akan pilih pemain terbaik.

“Tak kisah. Siapa bagus dia dipilih walaupun pemain tempatan. Di dada mereka ada lambang Harimau Malaya!” ujarnya.