Tanah Lembap Tekan Paip Gas

Foto Utusan

Letupan paip gas di Putra Heights 1 April lalu dikenal pasti berpunca daripada faktor dalam tanah dan bukannya akibat aktiviiti di permukaan tanah, kata Pengarah Bahagian Keselamatan Petroliam dan Kesihatan Pekerjaan, Husdin Che Amat.

Beliau menjelaskan bahagian tanah paip berkenaan dikenal pasti berada dalam keadaan lembut dan lembap.

Berdasarkan siasatan teknikal, penggunaan paip gas berkenaan memenuhi spesifikasi teknikal ditetapkan, namun bahagian bawah paip itu didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah.

Keadaan itu, katanya mengakibatkan kegagalan fizikal pada bahagian paip di lokasi kejadian dan itu menyebabkan kebocoran gas yang kemudiannya terbakar.