Syed Sadiq bebas penjara, sebat, denda RM10 juta

Foto Kosmo

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Rayuan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.

Panel itu membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Dalam penghakiman, panel itu mendapati sabitan yang dikenakan terhadap Syed Saddiq oleh Mahkamah Tinggi tidak selamat selain mahkamah terdahulu tersalah arah dalam mensabitkan hukuman.

Timbalan Pendakwaraya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Persekutuan.