
Polis menahan tiga remaja termasuk dua perempuan berusia antara 19 dan 20 tahun untuk membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar universiti di sebuah unit kediaman di Cyberjaya.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, ketiga-tiga suspek ditahan di sekitar Johor Bahru, Johor dan Gemencheh, Negri Sembilan antara 9 pagi kelmarin dan 2 pagi semalam.
Beliau berkata, operasi membabitkan pasukan Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.
Semua suspek mengenali mangsa dan tangkapan dibuat dalam tempoh 48 jam, katanya.