
Seorang pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan perolehan tender projek pembinaan pusat data bertindak membakar wang tunai hampir RM1 juta akibat terkejut dengan serbuan dijalankan anggota suruhanjaya itu.
Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan di rumahnya yang terletak di Petaling Jaya pada Khamis lalu, anggota SPRM menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.
Katanya, suspek dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakar selepas melihat kehadiran sepasukan anggota dan pegawai SPRM.
Selepas pintu rumah berjaya dibuka, anggota SPRM yang membuat serbuan mendapati keadaan dalam rumah berkenaan dipenuhi asap tebal berpunca dari sebuah bilik mandi.