
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mahu langkah pencegahan dilaksanakan berikutan nahas yang meragut nyawa berlaku terlalu kerap.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Sultan Nazrin, Meor Hezbullah Meor Abd Malik, baginda turut menitahkan supaya kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI itu sebagai satu pengajaran.
Baginda mahu kelemahan dikenal pasti untuk menambah baik penguatkuasaan undang-undang dan peraturan agar nahas ngeri seperti itu tidak berulang.
“Walaupun hakikatnya ajal maut ditentukan Ilahi, baginda berpendirian bahawa Allah menyeru manusia agar berikhtiar untuk mengelakkan diri daripada ancaman, bencana, bahaya dan malapetaka,” katanya.