Sultan Brunei berehat di IJN

Perdana Menteri memaklumkan baginda berasa letih dan memutuskan untuk berehat di sana.”Baginda berasa penat dan mahu berehat di IJN,” katanya di sidang media penutupan Sidang Puncak Asean ke-46 semalam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah kini berada di Institut Jantung Negara (IJN). Media sebelum ini bertanyakan keberadaan baginda yang tidak kelihatan pada Sidang kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk-China.