Sukan SEA Thailand dirasmikan penuh gemilang

Foto Bernama

BANGKOK: Sukan SEA Thailand 2025 dibuka secara rasmi dalam acara gilang gemilang di Stadium Nasional Rajamangala, semalam.

Ruang angkasa Bangkok bergemerlapan dengan percikan bunga api, menambah seri suasaran melimpahi ruang angkasa Bangkok menggamatkan lagi suasana upacara pembukaan temasya sukan itu.

Ini adalah kali ketujuh Thailand tampil menjadi penganjur sukan temasya dwitahunan itu sejak ia mula diadakan pada 1959 dengan nama temasya Sukan SEAP.

Kontinjen negara tampil penuh bergaya dengan 59 anggota menyertai perarakan yang menjadi tumpuan ribuan penonton.