
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan mula dikreditkan kepada penerima secara berperingkat mulai esok, membabitkan seramai 8.6 juta penerima di seluruh negara.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, dengan peruntukan RM2 bilion, jumlah bayaran adalah hingga RM650 bergantung kepada kelayakan isi rumah, warga emas dan bujang.
Menurut kenyataan itu, jumlah penerima seramai 8.6 juta itu adalah peningkatan seramai 300,000 daripada 8.3 juta penerima Fasa 1 pada Januari lalu.
Peningkatan berkenaan hasil daripada langkah Kerajaan Madani membuka permohonan baharu dan rayuan sepanjang tahun bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang layak.