
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin berhubung kes projek usahasama ternakan lembu kerajaan negeri Kedah.
Ahli Parlimen itu sendiri mengesahkan beliau ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
,:Beliau bagaimanapun mempersoalkan tindakan menukar statusnya daripada saksi kepada tertuduh.
Katanya, beliau sebelum ini hadir ke pejabat SPRM Kedah pada 25 Mac lalu sebagai saksi bagi membantu siasatan projek fidlot di bawah Kedah Agro namun menerima arahan mengejut pagi semalam untuk bertemu pegawai penyiasat di R&R Sungai Buloh arah utara.
“Setibanya di lokasi, saya dimaklumkan bukan lagi dipanggil untuk memberi keterangan, sebaliknya akan didakwa di mahkamah,” katanya.