
KUALA LUMPUR: Lima individu sudah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangan behubung perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.
Beliau berkata, SPRM membuka kertas siasatan selepas pendedahan yana dilakukan dalam Laporan Ketua Audit Negara pada Julai lalu.
“Setakat ini, proses siasatan termasuk penelitian dokumen berkaitan masih giat dijalankan.
“Selain siasatan jenayah rasuah, SPRM turut membuka kertas penyiasatan tatakelola bagi meneliti aspek pengurusan dan kepatuhan tatakelola dalam perolehan itu,” katanya.