
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan sekurang-kurangnya dua lagi lokasi yang menyimpan sejumlah aset dan harta yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, yang tidak diisytiharkan dalam siasatan.
Sumber berkata lokasi berkenaan adalah di Indonesia dan di benua Afrika.
Difahamkan, kebanyakan aset yang dikesan mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan itu adalah membabitkan akaun bank.
Aset yang dikesan itu tidak ada kaitan dengan enam negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini yang didakwa bernilai sekurang-kurangnya RM4.5 bilion.