
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaan menerima wang daripada ahli perniagaan, Albert Tei.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata tiga individu dikenal pasti untuk hadir memberi keterangan, termasuk seorang wanita yang tampil semalam.
Kertas siasatan sudah dibuka susulan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Albert Tei memberi wang rasuah kepada Shamsul ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kanan.
Setakat ini, SPRM memanggil tiga saksi. Pertama, seorang wanita dikenal pasti sebagai Sofia Rini Buyong yng hadir ke pejabat SPRM, jam 2 petang semalam
Makkah Asmah Mansor, selamat tiba di Malaysia
Kedua, Shamsul Iskandar akan hadir hari ini selepas pulang dari Kota Kinabalu dan perlu mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Albert Tei pula akan dijangka hadir pada 1 Disember selepas memohon penangguhan akibat masalah teknikal.
Ahli perniagaan Albert Tei hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu serbuan di kediamannya di Puchong, melibatkan pegawai bertopeng dan bersenjata taktikal.
Tei digari dan dibawa menaiki kenderaan tanpa nombor, sebelum pegawai berkenaan kembali semula ke rumahnya beberapa minit kemudian.
Peguam-peguamnya mengecam tindakan itu sebagai pencerobohan haram serta bercanggah dengan prosedur, mempersoalkan mengapa seorang pemberi maklumat dilayan seperti suspek jenayah.
SPRM dan Ketua Pesuruhjaya Azam Baki masih belum memberikan maklum balas.