SJAM jamin bekalan jika ada pencemaran

Encik Adam Saffian Ghazali menerangkan tentang Skim Jaminan Air Mentah (SJAM)

Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) diperkenal menerusi Belanjawan Selangor 2021 bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah selain melibatkan inisiatif rondaan dan pemantauan proaktif 24 jam.

SJAM sudah siap sepenuhnya dan diyakini boleh mengurangkan insiden pencemaran sekaligus mengelakkan gangguan bekalan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali, berkata menerusi projek berkenaan kes pencemaran air telah berkurang tahun lalu kepada 20 kes dengan lima daripadanya melibatkan henti tugas.

Belanjawan Selangor 2021 memperuntukkan RM332 juta untuk menjayakan SJAM termasuk RM$100 juta dikhaskan bagi menjamin operasi loji rawatan air lancar jika berlaku pencemaran.

“SJAM dibangunkan kerajaan negeri sebagai sebahagian penyelesaian kepada masalah pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor dan Sungai Langat hingga menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa (SSP) 1, SSP 2, SSP 3, Rantau Panjang dan Semenyih, katanya.