SIS usah guna perkataan Islam: Sultan Selangor

Foto Bernama

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris menzahirkan dukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) berhubung pemakaian fatwa terhadap pertubuhan itu.

Baginda menzahirkan dukacita dengan keeputusan itu yang menyentuh fatwa tersebut tidak terpakai kepada pertubuhan atau institusi sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin berkata Sultan Sharafuddin menegaskan penyalahgunaan perkataan Islam dalam nama dan penerbitan SIS Forum itu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

“Sehubungan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Selangor menggesa agar SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan Sisters in Islam ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan mereka,” katanya.