
KUALA PILAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, siasatan susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.
Perdana Menteri berkata, laporan itu adalah hasil siasatan RCI yang perlu dijadikan asas bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
“Dalam Laporan RCI itu, siapa (yang didapati) salah itu, lembaga (RCI) yang siasat. Saya sebagai Perdana Menteri amanahkan, siasat dengan telus, jangan ‘cover’ (lindungi) lagi dah. Letih dah kita tunggu,” kata beliau.
Anwar berkata, demikian ketika berucap pada program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang di sini malam tadi.