
Siasatan berhubung penganjuran program motivasi rumah tangga eHati diperluaskan selepas ia turut dikesan diadakan di Bali, Indonesia.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Infrastruktur Digital negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) masih meneruskan siasatan berhubung kes terbabit setakat ini.
“Kes itu lebih kepada PDRM, tapi saya dimaklumkan siasatan bukan hanya di negeri Selangor, tapi menjangkau ke negara jiran kerana ada program-program dibuat di Bali, Indonesia dan seumpamanya.
“Ada aduan mengatakan beberapa aktiviti itu diambil sedikit ekstrim dan kurang sesuai dengan budaya kita. Dibuat di dalam negara dan juga di luar negara. Jadi, siasatan itu di bawah polis,” katanya.