Shamsul Iskandar Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Untuk menghentikan percubaan menyerangnya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Dalam kenyataan di media sosial, Shamsul berkata ada percubaan untuk menyerangnya “dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani”.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini,” katanya.

Hantaran pada pukul 5.20 petang itu dibuat berikutan dakwaan beliau menerima wang daripada ahli perniagaan Albert Tei berkaitan skandal perlombongan Sabah.

Bagaimanapun, Shamsul berkata dia menyerahkan surat letak jawatan kepada Anwar pagi tadi.