Serangan AS Tidak Boleh Diterima – PM Anwar

Foto FMT

Tindakan Amerika Syarikat menyerang Iran adalah perlanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anawar Ibrahim.

Menurut beliau, tindakan Amerika itu berpotensi menyemarak konflik serta menjejaskan ekonomi global, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz.

Malaysia kekal dengan pendirian menolak keganasan semua pihak dan menggesa kuasa-kuasa besar bersikap adil dalam menilai punca konflik dan tidak mengamalkan pilih kasih dalam memperjuangkan bak asasi manusia, katanya.

Beliau menekankan pentingnya mempertahankan nyawa dan keadilan serta menyeru agar negara merdeka dan berdaulat terus bersuara dalam isu hak asasi dan keamanan sejagat.