
KUALA LUMPUR: Warga maya meluahkan rasa marah dengan aksi dua wanita yang melakukan senaman aerobik tanpa mengenakan pakaian sopan yang tular di laman sosial.
Menerusi perkongsian seorang individu di sebuah laman grup Facebook, dua wanita dilihat rancak bersenam dengan mengenakan baju kurang putih seperti pakaian seragam sekolah tanpa seluar dan seorang yang lain memakai ‘legging’ hitam jarang.
Kedua-duanya mengenakan tudung.
“Minta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tolong siasat program senaman aerobik di Bukit Badong.
“Bertudung dan seluar pendek. Jelas menghina Islam dan permainkan hukum Islam dengan nyata,” tulis individu berkenaan.
Aksi senaman yang disiarkan secara langsung di TikTok difahamkan dirakam di Bukit Badong, Selangor, berdasarkan lokasi yang dinyatakan di video berkenaan.
Pelayar TikTok yang sempat melihat siaran berkenaan juga mengecam tindakan dua wanita itu yang dianggap mempersendakan ajaran Islam.