Semangat 34 sukarelawan dikagumi: PM

Foto PMO

SEPANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan semangat 34 sukarelawan Malaysia dalam Misi Konvoi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disifatkannya memberi mesej jelas bahawa solidariti terhadap rakyat Palestin bukan sekadar di pentas diplomasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengagumi komitmen dan semangat tinggi ditunjukkan sukarelawan Malaysia dan berkata ia wajar dijadikan contoh dan akan direkodkan sebagai detik penting dalam sejarah perjuangan menegakkan keadilan buat rakyat Palestin.

“Kita amat kagum dengan semangat anda semua. Insya-Allah, kerajaan akan terus membantu serta memastikan kebajikan ahli keluarga semua delegasi terbela.

“Penyertaan ini memberi suntikan semangat luar biasa dan bakal tercatat sebagai sejarah besar dalam usaha menegakkan keadilan serta membela nasib rakyat Palestin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi panggilan video bersama delegasi Malaysia yang menyertai misi berkenaan dari Pusat Komando Sumud Nusantara (Sumud Nusantara Command Centre – SNCC), semalam.