
“Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza” akan diadakan di Dataran Merdeka pada 24 Ogos ini bersempena Karnival Sumud Nusantara 2025.
Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza itu akan dipenuhi dengan pengisian rohani dan pidato tokoh Gaza serta kehadiran Perdana Menteri.
Sumud Nusantara adalah inisiatif global menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, melibatkan lebih 70 kapal dari 39 negara bagi mendesak pengakhiran sekatan Israel melalui laluan laut.
Rakyat Malaysia diajak hadir dengan pakaian putih dan simbol Gaza Bangkit sebagai tanda solidariti, serta menyokong usaha NGO dan kerajaan dalam menyampaikan mesej kemanusiaan kepada dunia.
Karnival Sumud Nusantara 2025 anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia dengan kerjasama strategik daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan MyAqsaDefender itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 22 Ogos.