
Kerajaan negeri Selangor menamatkan sekurang-kurangnya 87 pentadbir masjid kerana melanggar peraturan berhubung tauliah di negeri itu.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Mohammad Fahmi Ngah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan berkenaan.
Menurutnya, mana-mana penceramah yang menyalahgunakan tauliah mengajar juga akan ditarik balik jika aduan disahkan benar.
“Pendekatan kerajaan negeri jelas…pentadbir seperti ini kita kena keluarkan kerana kita ada model masjid pengurusan supaya ia terkawal dan tiada yang melanggar peraturan,” katanya.