
Kerajaan Selangor akan meneliti pengharaman penjualan kokok elektronik atau vape di negeri itu, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari.
Menurutnya, perkara itu bagaimanapun perlu dibincangkan Bersama Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin dan Jabatan Kesihatan negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.
Cadangan untuk mengharamkan penjualan vape itu akan dibentangkan di dewan undangan negeri, katanya.
“Perkara ini bergantung kepada peraturan Persekutuan, kita akan dapat laksanakan cuma saya lihat ia perlu perbincangan bersama pihak berakaitan dan kalau ada keperluan kita buat. Saya perlu dapatkan keseluruhan fakta dan pandangan,” katanya.
Kenyataan itu dibuat berikutan saranan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang menyatakan penjualan vape kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baru.