
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembangunan Kota Madani dipercepatkan seiring dengan tuntutan semasa untuk membina sebuah bandar moden yang berteraskan nilai kemanusiaan, kelestarian dan kemajuan teknologi.
Perdana Menteri berkata, konsep Kota Madani bukan sekadar pembangunan fizikal semata-mata, sebaliknya menekankan pembangunan insan termasuk pendidikan, kebudayaan, kemampanan dan keadilan sosial.
Beliau berkata, yang ingin dibangunkan itu bukanlah gedung atau kota, sebaliknya adalah manusiawi dan nilai karamah insaniah menjadi asas dalam perancangan Kota Madani.
Beliau berkata, dalam mengambil kira semua faktor pembangunan Kota Madani, nilai manusiawi ini adalah cabaran terbesar.