
KUALA LUMPUR: Pegawai yang dikenal pasti gagal melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan berintegriti mesti ditukarkan segera, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Titah baginda, jika ada pegawai tidak mampu melaksanakan amanah dengan jujur, berikan peluang kepada mereka lebih layak dan bersih untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan
“Berhati-hati juga mereka di Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pelbagai lagi. Tidak terlepas juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tidak kira apa pangkat anda. Begitu juga ejen yang menjadi ‘orang tengah’ dan pembekal pelbagai peralatan, pakaian serta perubatan, anda juga dalam ‘radar’,” titah baginda
Tanpa menamakan mana-mana individu, baginda juga mahu pegawai gagal menjalankan tanggungjawab itu ditukarkan dengan penjawat awam yang mampu melaksanakan amanah dengan jujur.