Segera Baikpulih IPG Kampus Gaya: Anwar

Foto Jabatan Mineral dan Geosains

KOTA KINABALU: Kerosakan bangunan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya Sabah harus dibaikpulih segera, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bangunan berkenaana rosak dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini.

Perdana Menteri juga berkata pihaknya mahu laporan lebih terperinci daripada Kementerian Pendidikan (KPM) disegerakan.

“Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) telah mengemukakan laporan awal ke Jemaah Menteri Rabu lalu.

“Kita menunggu laporan akhir yang saya minta semuanya segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi tanah runtuh IPG Kampus Gaya, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap EXCO Agama dan Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Perdana Menteri turut menegaskan beliau mahu kerja-kerja membaik pulih dipercepatkan tanpa mengikut proses biasa.