Kota Madani Siap 2027, Sediakan Kediaman & Kemudahan Rakyat Secara Holistik

Foto FB Dr Zaliha Mustafa

Kota Madani yang menekankan kemudahan asas menyeluruh dan berpusat untuk kebaikan rakyat dijangka siap menjelang akhir 2027, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Membentangkan konsep Kota Madani itu, Datuk Seri Anwar berkata antara kemudahan dirancang termasuk sekolah menengah serta institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Beliau berkata, institusi kewangan, klinik kesihatan, balai bomba, balai polis dan masjid juga akan dibangunkan berdekatan kawasan perumahan.

Fasa pertama membabitkan pembinaan sekitar 3,000-unit kediaman dan sebuah sekolah menengah dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya menjelang hujung 2027.