
Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan beliau tidak memerlukan imuniti malah mencabar agar didakwa di mahkamah jika kerajaan berpendapat ada kesalahan dilakukan dalam isu Pulau Batu Puteh.
Dalam nada menyindir, bekas perdana menteri yang kini berusia 100 tahun itu berkata, imuniti hanyalah untuk orang yang takut ke mahkamah disebabkan sedar dirinya bersalah.
Pada masa sama Mahathir turut menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah bertindak sebagai pendakwa raya dan sekali gus hakim apabila menjawab persoalan tersebut di parlimen semalam.
“Semalam di Dewan Rakyat, saya telah ‘dijatuh hukum’ sebagai bersalah di dalam kes berkait tidak buat rayuan untuk Pulau Batu Putih.
Walaupun saya dijatuh hukum bersalah, tiada sebarang tindakan akan diambil kerana faktor umur saya,” katanya.
.