Sami Warga India Cabul Pelakon Tempatan

Gambar Hiasan

Seorang sami warga India diburu polis kerana disyaki mencabul seorang pelakon wanita tempatan di sebuah kuil di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika sami berkenaan melakukan upacara sembahyang.

Mangsa membuat laporan polis pada 4 Julai selepas mendedahkan insiden itu melalui media social dan siasatan mendapati suspek adalah sami sementara yang menggantikan sami tetap kuil itu.

Kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, sabtan atau kedua-duanya sekaali jika sabit kesalahan.