Saksama teras ekonomi Madani

Sumber Kementerian Kewangan

Pembangunan yang saksama merupakan antara teras utama dalam kerangka Ekonomi MADANI, bagi memastikan semua wilayah dapat memperkukuh asas ekonomi masing-masing dan menyumbang kepada kemajuan negara secara menyeluruh.

Justeru, bagi negeri-negeri yang mencatat Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita terendah di Semenanjung Malaysia — Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu — Kerajaan MADANI telah meningkatkan Perbelanjaan Pembangunan dari tahun ke tahun. Langkah ini bertujuan membina prasarana kritikal dan menambah baik kemudahan yang telah lama ketinggalan.

Sebagai contoh, Perbelanjaan Pembangunan Negeri Kelantan meningkat lebih sekali ganda, daripada RM1.6 bilion pada 2022 kepada RM3.2 bilion pada 2025.

Secara purata, kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) bagi Perbelanjaan Pembangunan keempat-empat negeri tersebut bagi tempoh 2022 hingga 2025 adalah 18.9% — jauh mengatasi CAGR nasional sebanyak 6.5%.