Saintis Wanita USM Terima Anugerah Berprestij

Foto USM

Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila saintis marin wanita yang juga Pengarah Pusat Kajian Samudera dan Pantai Prof Datuk Dr Aileen Tan Shau Hwai dianugerahkan Anton Bruun Medal di Paris baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan USM memaklumkan ia adalah anugerah antarabangsa tertinggi dalam bidang sains lautan, yang mengiktiraf dedikasi Aileen terhadap penyelidikan samudera dan lautan.

“Ini mengangkat nama dan martabat USM dan Malaysia di arena global,” kata kenyataan itu.

Anugerah berprestij itu disampaikan kepada Aileen bersempena sesi ke-33 Perhimpunan Suruhanjaya Oceanografi antara kerajaan di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.