
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan meningkatkan produktiviti pengeluaran padi di enam daerah utama di negeri itu.
Pembantu Menterinya Hendrus Anding memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri daerah berkenaan adalah Kota Belud, Kota Marudu, Tuaran, Tambunan, Keningau dan Papar.
Kawasan sawah seluas 121.4 hektar di Tambunan sudah dikenal pasti oleh Lembaga Pertanian Sabah sebagai projek perintis pertanian padi berhasil tinggi secara moden.
“Projek perintis itu akan menggunakan automasi dan mekanisasi sepenuhnya serta pengurusan air berjadual. Kementerian melalui Jabatan Pertanian melakukan pelbagai ikhtiar bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil pertanian seperti buah-buahan, kopi dan padi di negeri ini,” katanya.