SABAH TAK BOLEH TERUS DIBELENGGU RASUAH: PM

Foto Bernama

KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibhraim berkata beliau tidak mahu Sabah terus dibelenggu gejala rasuah dan salah guna kuasa selepas selesainya Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

“Kita mahu kerajaan negeri ini sama-sama bekerja dan semak (segala pembangunan), seperti mana kita (kerajaan Persekutuan) buat bersama-sama (dengan kerajaan negeri ketika ini). Tiada lagi perkara remeh-temeh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ceramah Perdana dan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di sini.

Perdana Menteri mahu kerajaan negeri yang baru kelak, menumpukan usaha membangunkan “Sabah Baru”, dengan memajukan projek dan pembangunan dalam semua bidang bagi merealisasikan potensi besar negeri itu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sentiasa mempromosikan potensi negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak ketika lawatan ke luar negara.