RUU Perolehan Lulus Meski ditolak Pembangkang

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Rang Undang Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan di Dewan Rakyat menerusi undian belah bahagian selepas dibahaskan oleh Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Biarpun pembangkang menggesa RUU bacaan kali kedua itu ditangguhkan, dengan alasan ia dibentang pada saat akhir sekali gus meminta dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP), ia akhirnya diluluskan selepas 125 Ahli Parlimen menyokong, 63 lagi menolak, seorang tak mengundi sementara 32 Ahli Parlimen tidak hadir.

Kelulusan RUU itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ketika mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.

Johari menegaskan, gesaan pembangkang supaya ia dirujuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) tidak berbangkit memandangkan ketika RUU itu dibentang peringkat bacaan kali pertama dulu, tiada apa-apa permohonan daripada JKPK minta ia ditetliti terlebih dulu diperingkat mereka.

“Jawatankuasa iaitu pengerusi mestilah menulis (surat) kepada mana-mana kementerian yang akan memastikan draf undang-undang selepas bacaan pertama.

“Dia boleh (minta), tapi saya sudah semak tidak ada permohonan untuk JKPK minta itu, jadi saya anggap tidak ada permohonan,” katanya.