
Kerajaan Perpaduan sentiasa terbuka untuk berunding sekiranya ada pihak yang berasakan terdapat skop barangan yang boleh dikecualikan dari peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata walaupun peluasan cukai sedang dilaksanakan, ia tidak bermakna kerajaan menutup rapat rundingan atau perbincangan kepada mana-mana pihak.
“Daripada apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan setakat hari ini, ia nampaknya membuka ruang untuk berunding. Jika ada keperluan dan ia adalah barangan asas harian, boleh dibawa kepada pihak kerajaan.
“Pintu rundingan tidak tutup rapat tapi ia perlu ada asas untuk minta barangan yang dikatakan itu perlu dikecualikan cukai,” katanya.