RON95 RM1.99 mulai 30 September: PM

Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pelaksanaan petrol RON95 pada harga RM1.99 berbanding RM2.05 seliter akan bermula 30 September ini bagi rakyat tempatan tanpa mengambil kira tahap pendapatan, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan inisiatif itu dibuat di bawah program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Menurutnya, bagi bukan warganegara pula, harga RON 95 adalah pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

“Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON 95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 dan saya juga sebutkan manfaat dan keistimewaan ini hanya sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

“Mulai 30 September (juga), bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ikut perseorangan, itu bermula 30 September pada harga RM2.60,” katanya.