RON95, Minyak Masak Paket Banyak di Thailand

Foto Berita Harian / NSTP

SUNGAI GOLOK: Walaupun kawalan penyeledupan di sempadan dikatakan sentiasa dipertingkat, bekalan minyak masak paket bersubsidi dan petrol RON95 di Selatan Thailand termasuk di pekan Sungai Golok tidak pernah terputus.

Selain itu, tinjauan Berita Harian mendapati ia boleh diperoleh dengan jumlah yang banyak tanpa had.

Keadaan itu berbeza berbanding Malaysia khususnya membabitkan minyak masak apabila had pembelian hanya dibenarkan dua paket seorang.

Di Sungai Golok, minyak masak paket banyak dijual di kedai runcit dan pasar pagi secara terbuka dengan harga setiap paket dijual 40 hingga 50 baht sekilogram bersamaan RM5.30 hingga RM6.60 berbanding harga di Malaysia RM2.50.

Harga minyak masak di Thailand ialah RM8 sebotol sekilogram.

Satu kotak minyak yang mengandungi 17 paket pula dijual dengan harga 650-baht bersamaan RM86.