
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 naik tujuh sen seliter daripada RM3.14 seliter kepada RM3.21 bagi tempoh 26 Jun hingga 2 Julai.
Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter manakala di Semenanjung naik tujuh sen kepada RM2.88, iaitu masih di bawah harga apungan RM3.55 seliter pada 10 Jun.
Kementerian Kewangan memaklumkan penetapan harga berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau pasaran minyak global bagi memastikan kestabilan harga dan kebajikan rakyat, kata kenyataan kementerian itu.