Rogol OKU, warga emas dipenjara 20 tahun, 10 sebatan

Foto Hiasan

PETALING JAYA: Mahakamah Sesyen Lahad Datu menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan selepas lelaki warga emas berusia 79 tahun didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan orang kelainan upaya (OKU), dua tahun lalu.

Hakim Suhailla Selag menjatuhkan hukuman itu selepas memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa yang juga OKU lembam berusia 10 tahun di sebuah rumah di Lahad Datu, pada 2024.

Lelaki itu, yang juga pendatang asing tanpa izin warga Indonesia, didakwa mengikut Seksyen 376(2) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam memilih membela diri secara bersumpah dengan memberi keterangan bagi pihak dirinya sendiri.