RMK13 Perlu Cermin Pendekatan Terangkum, Berani

Foto NSTP

Rancangan Malaysia ke-13 (RMK 13) mesti mencerminkan pendekatan berani, inklusif dan memfokuskan daya tahan serta kemampanan negara bagi jangka Panjang, kata Peengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Menurutnya, RMK 13 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyata pada 28 Julai ini perlu menimbangkan secara serius bidang-bidang kritikal termasuk pembaharuan penjagaan kesihatan dan perlindungan social, khususnya bagi golongan B40 serta komuniti rentan.

“Populasi menua dan penyakit kroni yang meningkat memerlukan pembaharuan menyeluruh dalam system penjagaan kesihatan termasuk perkhidmatan kesihatan mental, pengukuhan penjagaan kesihataan primer serta sokongan lebih besar kepada penjaga dan orang kurang upaya,” katanya.

Katanya, pendidikan berkualiti, cerdik digital, kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik harus diutamakan secara berterusan.