RM40 juta baik pulih kediaman rosak

Foto Malay mail

Peruntukan bagi kerja-kerja baik pulih kediaman terjejas disebabkan kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya 1 April lalu ialah RM40 juta, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, peruntukan bagi kerja baik pulih itu membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan dan sumbangan awam.

Kerja baik pulih bagi kediaman di sekitar Putra Heights akan dilaksanakan oleh Sime Darby selaku pemaju Kawasan perumahan itu manakala di Kampung Sungai Baru oleh Syarikat Perumahan Negaraa Berhad.

“Proses baik pulih kediaman ini akan kita beri tumpuan kepada aspek kemudahan asas seperti pendawaian elektrik,” katanya.