RM30j transformasi digital media

Foto The Sun

Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi membantu organisasi media negara melaksanakan transformasi digital dan mengaplikasi teknologi baru dalam menghasilkan kandungan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Langkah itu bagi memastikan dunia kewartawanan, khususnya yang muda, tidak ketinggalan dalam era perubahan teknologi.

“Tuntutan ini benar. Saya bertanggungjawab memastikan mutu keupayaan hasilkan wartawan lebih baik. Saya setuju beri peruntukan satu dana besar bagi bantu oraganisasi bagi media dan negara,” katanya.

Menurutnya, transformasi digital perlu disokong dengan latihan dan pendedahan kepada wartawan muda supaya mereka mampu beradaptasi dengan perubahan, termasuk AI.