
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyita barangan brnilai RM11.4 juta dari dua kediaman bekas Panglima Tentera Darat (PTD) termasuk satu di rumah rahsia yang terletak di Kuala Lumpur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata rampasan turut dilakukan di sebuah rumah di Besut, Terengganu.
Beliau berkata, dalam kes membabitkan bekas PTD itu, sebanyak 75 akaun syarikat berjumlah RM32.5 juta turut dibekukan oleh SPRM.
“SPRM turut menyita wang tunai berjumlah RM4.4 juta, mata wang asing bernilai RM1.4 juta, satu unit kereta Range Rover SVR bernilai RM360,000 dan 26 unit jam bernilai RM2.3 juta.
“Turut disita barang kemas bernilai RM294,039.90; dua bentuk cincin berlian (RM20,000), jongkong emas seberat 3.7 kilogram (RM2.5 juta), medalion emas 150 gram bernilai (RM102,000) dan dua dinar emas seberat 8.5gram (RM5,780),” katanya.