Ringgit Melonjak Di Tengah-Tengah Perang Iran-Israel

Foto Hiasan

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika disokong oleh Indeks Dolar AS yang lemah, susut 0.21 peratus kepada 97.979 mata di tengah-tengah gejolak yang memuncak.

Petang semalam, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2370/2450 berbanding dolar Amerika daripada penutup Jumaat pada 4.2435/2480.

Pakar ekonomi tempatan berpendapat konflik Iran-Israel yang berterusan terus mendominasi perhatian pasaran pada masa pelabur bersiap sedia untuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika akan dating.

Mesyuarat jawatankuasa itu dijadual pada 17 hingga 18 Jun.