
KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat peningkatan sekitar 6.2 peratus, mengekalkan mata wang itu sebagai kekal sebagai berprestasi terbaik di Asean berbanding penurunan rupiah Indonesia dan mengatasi prestasi baht Thailand dan dolar Singapura.
Maybank Research melaporkan ringgit meneruskan momentum positif dengan meningkat sekitar 0.4 peratus pada bulan lalu dan menyaksikan beberapa perubahan apabila dolar Amerika secara umumnya melemah pada pertengahan September menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika.
Berbanding dolar Amerika, ringgit berada pada paras RM4.1877 pada 17 September berikutan kebimbangan pengumuman FOMC, tetapi sejak itu telah kembali ke paras sekitar RM4.20 sejajar dengan paras unjuran suku ketiga pihaknya.
Katanya, ringgit berbanding dolar Amerika juga berdaya tahan di sekitar paras itu disokong oleh faktor positif daripada kelemahan dolar Amerika, pengukuhan renminbi dan peningkatan pertumbuhan global.
“Kami masih mengekalkan unjuran ringgit berbanding dolar AS buat masa ini dengan pandangan bahawa kelemahan mata wang AS akan berterusan dan kenaikan sederhana renminbi kekal dalam landasan,” katanya.