Ribut Tropika Senyar Ragut Mangsa Pertama

Foto Bernama

MELAKA: Seorang penunggang motosikal terbunuh apabila melanggar pokok yang tumbang dipukul ribut Tropika Senyar.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, berkata kejadian dilaporkan di Jalan Selandar menghala Machap di sini, jam 6.57 pagi semalam.

Menurutnya, walaupun kematian itu bukan akibat langsung ribut tropika Senyar, ia jelas berpunca daripada situasi berisiko yang berlaku susulan ribut berkenaan.

“Keadaan tanah yang lembut akibat hujan berpanjangan meningkatkan risiko pokok tumbang dan tanah runtuh walaupun kelajuan angin menunjukkan pengurangan.

“Sebanyak 49 insiden pokok tumbang dilaporkan di lima negeri merangkumi Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya bermula malam semalam hingga jam 8 pagi hari ini,” katanya.

.