Rakyat Makmur Apabila Kerajaan Stabil

Foto Fail

Pelbagai inisiatif ‘Penghargaan Untuk Rakyat’ yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu, bukti komitmen kerajaan terus berusaha merangka usaha dan inisiatif yang mendahulukan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata langkah itu juga menggambarkan sebuah kerajaan yang bukan sekadar mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi lebih utama memastikan pertumbuhan itu dapat diterjemah dalam bentuk manfaat langsung kepada rakyat.

“Ini dapat dikecapi susulan pelaksanaan dasar dan program madani ke arah tadbir urus dan tatakelola yang baik serta berintegriti.

“Saya percaya kejayaan kerajaan dalam mengecapi kestabilan politik merupakan pendorong utama yang membolehkan dasar menyeluruh sebegini dapat dilaksanakan,” katanya.