Rakyat keluar dari Iran Jumaat

Foto Bernama

Kerajaan Malaysia sedang mengatur usaha membawa keluar rakyat negara ini Jumaat susulan keadaan keselamatan yang semakin tidak menentu di negara itu, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi berkata Kementerian Luar memaklumkan bahawa jumlah rakyat Malaysia di Iran adalah kecil dan terdiri daripada kakitangan kedutaan, pelajar dan pelancong.

Menurutnya, semua persiapan termasuk visa sudah dimuktamadkan.

“Kementerian Luar menasihatkan semua rakyat Malaysia agar segera meninggalkan Iran melalui kaedah selamat dan Kedutaan Besar Malaysia di Teheran terus memantau keadaan serta menyediakan talian kecemasan untuk bantuan,” ujarnya.