Rakyat Doakan Kesembuhan Perdana Menteri

Foto Fail / PMO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan lawatan kerja ke Pahang atas nasihat pasukan perubatan kerana mengalami masalah sakit belakang dan perlu berehat serta dipantau

Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap kesihatan Perdana Menteri terserlah apabila ramai mendoakan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim segera sembuh.

Ramai yang mendoakan kesembuhan beliau di media sosial, dan memuji semangat kerja Anwar yang tidak mengenal penat demi negara.

Mereka menyeru agar Perdana Menteri berehat secukupnya, dengan mesej-mesej menyentuh hati yang menunjukkan sokongan moral terhadap beliau sebagai pemimpin dan bapa.

Tulis pengguna platform Thread, Ted Abu Bakar, “Rakyat tahu betapa bersemangatnya Anwar bekerja untuk negara dan dalam masa sama, Perdana Menteri memiliki sejarah sakit belakang.

“Rehatlah seketika PMX, rakyat sentiasa mendoakan yang terbaik,” tulis Ted.
Ted turut mendoakan agar Anwar dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik untuk terus memimpin dengan cemerlang.

Dalam hantaran lain, Oma Wadda menulis, ada kala melihat Anwar bekerja tahun ini seolah-olah seperti penggal pertama dan terakhir beliau kerana dilihat terlalu kuat bekerja, semoga cepat sembuh.

“Kadang tengok Anwar Ibrahim ni kerja macam this is his first and last term in the office. Seram tengok kerja macam tak nak stop. Speedy recovery Sir,” tulisnya.

Ainbatrisyah pula berkata, akhirnya Perdana Menteri akur dengan arahan pasukan perubatan untuk berehat.

“Syafakallah PMX,” katanya.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa program di Pahang termasuk sesi bersama penjaja kecil dan pelajar universiti, namun terpaksa membatalkan kehadiran atas nasihat pasukan perubatan.